Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
Pengumuman

Ar-Rahnu x'Change

PDFCetakE-mail

Bermula pada bulan Februari 2011, KOSAS telah menceburi satu lagi perniagaan baru iaitu perniagaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu X'Change. Perniagaan ini dibuat dengan kerjasama anak syarikat kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad iaitu Rakyat Management Services(RMS). Sebagai komitmen jangka panjang dalam perniagaan ini, KOSAS telah membeli bangunan 2 tingkat untuk dijadikan sebagai premis Ar-Rahnu X'Change yang terletak di : No. 15, Blok A, Jalan PJS 5/30, Petaling Jaya Commercial City, Petaling Jaya Selatan , Selangor.(Bersebelahan Taman Medan). No. Tel: 03-77817849 No. Faks: 03-77818960

 

 

Apa itu Ar-Rahnu

Ar-Rahnu adalah sistem pajak gadai yang berlandaskan syariah dengan implementasi gabungan 3 konsep ekonomi Islam. Modus operandinya ialah memberikan pinjaman mikro dengan cagaran barangan kemas dan mengenakan upah simpan yang rendah mengikut tempoh tertentu. Ia bertujuan untuk menyediakan  keperluan wang tunai segera kepada masyarakat setempat dan   menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai.

Keistimewaan Ar-Rahnu X'Change

Berbanding pajak gadai konvensional, Skim Ar-Rahnu lebih meyakinkan dari sudut berikut :-

  • Tahap keselamatan yang tinggi
  • Ketulusan urusan
  • Sistem pengkomputeran yang sistematik/berkesan
  • Keselesaan
  • Menguntungkan, adil dan mesra pelanggan

 

Keistimewaan Ar-Rahnu X'Change :-

  • Bayaran balik yang rendah dan fleksibel
  • Pembiayaan sehingga RM150,000.00
  • Tempoh gadaian sehingga 6 bulan dengan lanjutan 6 bulan tanpa had
  • Perlindungan takaful sepenuhnya
  • Pembiayaan berlandas syariah dan bebas dari riba
  • Margin gadaian yang tinggi

 

 

loader

Pautan